Friday, January 7, 2011

Kesan Pada Keretapi Semasa Perang Dunia Ke-2


Artikel ini di petik dari The Malayan Railway oleh J.O. Sanders, C.M.G. yang telah terbit dalam majalah Malayan Magazine tahun 1952

Kompeni Pengendalian dan Penyelenggaraan Keretapi (Railway Operating & Maintenance Coy atau ROMC) telah di tubuhkan pada awal 1941 sebagai sebahagian daripada Federated Malay States Volunteer Force (FMSVF). Kompeni ini dengan kekuatan seramai 220 orang telah melaksanakan tugas-tugas penting di tempoh awal serangan ke atas Malaya. Beribupejabat di Alor Star, ia mengendalikan tren-tren tentera di bahagian hadapan dan menjalankan tren perisai hingga 15 batu ke dalam negari Siam (Thailand). Satu seksyen dari ROMC telah di tempatkan di Kelantan dan telah dengan jayanya memenuhi desakan ke atas keretapi semasa pengunduran dari negeri itu.

Apabila pengunduran dari utara Malaya bermula, segala usaha telah di ambil untuk mengeluarkan semua stok-kereta supaya ianya tidak jatuh ke tangan musuh dan dalam satu hari sebanyak 19 buah tren telah dapat di sediakan dan di keluarkan dari Perai walaupun dalam serangan bom. Semasa pengunduran berterusan, rangkaian keretapi menjadi sesak. Kalau di kumpulkan semua stok-kereta ianya memerlukan landassan sepanjang 26 batu (45 km) dan ini lebih daripada landasan yang ada di Singapura. Dengan itu, adalah perlu meninggalkan gerabak dan koc semasa pengunduran berterusan tetapu lokomotif-lokomotif yang berkuasa tinggi telah di kerjakan ke Singapura.

Jambatan-jambatan induk keretapi yang awal-awal lagi di sediakan untuk pemusnahan telah di musnahkan serentak dengan pengunduran tentera British. Beberapa buah jentera penting telah di pindah ke Singapura tetapi banyak lagi yang telah di musnah. Di Pelabuhan Klang pula sebanyak 65 kapal ringan telah di tenggelamkan dan kren-kren pelabuhan telah di buang ke dalam sungai. Pada 9hb Januari 1941, ibupejabat keretapi telah di pindahkan dari Kuala Lumpur ke Gemas dan kemudiannya ke Singapura.

Keretapi masih beroperasi sehingga tentera Jepun mendarat di Singapura dan menghampiri Bukit Timah.

Thursday, January 6, 2011

Terima Kasih Atas Sokongan Warga RAJD dan KTMB.

Ramai saudara-saudara dari warga 50 Rej. rejimen2 Pakar lain, RAJD dan KTMB, yang telah bersara dan yang masih berkhidmat, telah menghubungi saya untuk mengetahui lebih banyak lagi tentang penglibatan Pakar semasa Perang Dunia Ke-2 (WW2) dan darurat. InsyaAllah, saya akan cuba memenuhinya kerana peranan dan penglibatan rejimen berubah selari dengan perubahan yang berlaku pada negara dan KTM sendiri.

Saya juga berterima kasih kepada sahabat-sahabat yang telah memberi input dan pautan yang amat berguna khusus kepada Mr. Jonathan Moffatt di Malayan Volunteers Group. U.K. atas keizinan beliau membenarkan saya menggunakan beberapa gambarfoto.

Saperti biasa, ada juga yang memperleceh dan memperkecil sumbangan saudara se organisasi mereka yang menyertai Pakar. Ini mungkin dari perasaan cemburu atau tidak tahu sumbangan dan pengorbanan silam pasukan sukarela saperti Pakar.

Saya berharap apa yang di usahakan di sini dapat sekidit sebanyak menyerahkan keadaaan, insyaAllah.

Lt. Kol. Hj. Bahrain bin Tahir (Bersara)
Bekas Pegawai Memerintah
50 Rejimen Jurutera Pengendalian Keretapi (AW)
RAJD.

Monday, January 3, 2011

Perang Dunia Ke 2 - Kisah Seorang Anggota ROMC

Terikat dengan arahan bahawa pasukan British tidak di benar sama sekali menyeberangi sempadan sehingga Jepun bertindak dahulu, pihak British kehilangan inisiatif awal apabila angkatan Jepun mendarat di pantai Singapura di awal pagi 8hb Disember, 1941.

Sehinggalah jam 5.30 pagi hari yaqng sama, anggota tentera pertama dari 11 Division India di bawah pemerintahan Maj. Jen. Murray Lyon menyeberangi sempadan Kedah-Siam di Bukit Kayu Hitam. Pada waktu senja lebihkurang 6.30 petang, barisan itu tiba di Sadao, 10 batu di dalam negara Siam dan berhenti menunggu perkembangan selanjutnya.

Dalam masa sama, sebuah tren perisai di pandu oleh mendiang Sjn. Eddie Augustin dari Kopeni Pengendalian & Penyelenggaraan Keretapi, Pasukan Sukarela Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Railway Operating Maintenance Company (ROMC) of the Federated Malay States Volunteer Force) maju 10 batu ke dalam negera Siam dan memusnah jambatan Hatyai - Padang Besar dan kemudian undur ke Padang Besar.


Ini adalah gambar sebenar seorang Sapper membuat persiapan memusnah
jambatan ini di Malaya pada tahun 1941. Lokasi sebenar tidak di kenalpasti.


Buku cacatan (diary) yang di simpan oleh Sjn. Augustin mencerita secara asli kisah pertempuran di sekitar keretapi di sektor Kedah dalam Pertempuran Malaya di hari-hari awal perang 1941.

Jumaat, 5hb Dis: Unit kami (terdiri dari anggota Cina, Eurasian, India dan Melayu, F.M.S. Railways di bawah Kapt. H.P.Yates juga orang keretapi) telah di arah bergerak daripada Dewan Kawad Kedah Volunteer Force di Alor Star ke asrama Kolej Sultan Abdul Hamid yang berhampiran.

Sabtu, 6hb Dis: O.C. Kapt. Yates, mengarah saya pergi ke bangsal loko dan sediakan injin (lokomotif) berperisai.

Satelah menaikan wap, tukangapi pertama saya, Spr. Donald U'ren (beliau kemudian menjadi Presiden RUM dan Penasihat kepada Asian Transport Workers), Spr. Megat Zakariah dan saya mendapatkan peluru dan rensum untuk dua hari.

Jam 2200: Di arah maju ke Bukit Ketri dan tunggu semboyan untuk ke Bukit Ketri, ambil anggota di situ dan pergi ke Padang Besar. Dua tren anggota (troop-train) akan menyusul dengan jarak 400 ela.

Jam 2400: Tiba di Arau.

Ahad, 7hb Dis. jam 0200: Kedua-dua tren menyusul tiba. Anggota-anggota semuanya begitu bersemangat. Sebagai PTT terkanan, saya tentukan mereka berkelakuan baik.

Isnin, 8hb Dis. jam 0800: Kedengaran satu letupan kuat berdekatan dan lihat beberapa pesawat. Bersedia untuk tindakan. Tak pasti berapa jauh kami akan pergi dan timbul rasa kurang pasti samada arang batu mencukupi. saya menalifon Kodiang untuk tambahan. Pada jam 1000 sebuah tren aral tiba membawa arang batu.

Jam 1600: Terima arahan untuk bergerak ke Bukit Ketri di mana kami mengambil beberapa anggota Punjabi di bawah Kapt. Burns. Ditasmen ini termasuk beberapa anggota sapper dan pemusnah periok api.

Jam 1900: berhati-hati bergerak ke hadapan ke dalam kawasan Thai. Setiba di jambatan besar Hatyai-Padang Besar, anggota-anggota sapper buat persedian untuk meletupkannya.

Di arah mengundur tren balik sebatu. Sementara menunggu letupan kedengaran bunyi konboi musuh di jalanraya setengah batu dari kami.

Selepas selamat memusnahkan jambatan kami bergegas balik ke Kodiang.

Selasa, 9hb Dis. jam 0530: Tiba di Kodiang. Rehat beberapa jam dan kemudian kembali ke Bukit Ketri di mana kami berkeadaan berjaga-jaga sepanjang hari siang dan malam.

Bergerak ke belakang sedikit kerana pihak artileri musuh dah mula mendapat jarak.

Jumpa dua tong berisi minyak injin dan minyak silinder. Isikan kotak-kotak (tangki) kami hingga ke paras maksima dan bakinya di limpah ke tanah supaya tidak jatuh ke tangan musuh.

Ronda landasan untara Kodiang dan Arau hingga di arah undur jam 2300.

Khamis, 11hb Dis. jam 1800: Di arah undur ke Tunjang. Dalam cuaca hujan lebat anggota-anggota sapper dan pemusnah meletupkan jambatan-jambatan. Kami kemudian membawa anggota-anggota ke Anak Bukit. Malam itu kami meronda parit taliair antara Anak Bukit dan Tunjang.

Jumaat, 12Hb Dis. jam 1300: Sekumpulan anggota East Surreys (Regiment) muncul di kanan kami. Gembira mendapati kawan saya di kalangan mereka yang membawa tommy-gun. Untuk merayakan perjumpaan kami berkongsi sebotal jus limau.

Semasa berborak-borak kami sedar gerak-geri mencurigakan di sawah berhampiran. Kami mengekorinya sehingga sebatu sehingga seorang anggota Pasukan India datang memberitahu bahawa musuh sedang mencuba mengepung kami. Kirim berita itu ke ibupejabat, beri amaran kepada semua pasukan di kawasan itu dan menunggu arahan, dan dalam beberapa minit datang arahan untuk undur. Sebuah tren dengan koc-koc tiba di lokasi. Muatkan anggota-anggota dan bawa mereka ke Alor Star. Lima minit kemudian Jepun menyerang.

Sabtu, 13hb Dis. jam 0800: Ambil air di Alor Star satelah meronda seksyen Alor Star - Anak Bukit sepanjang malam.

Di arah berundur. Apabila kami nak mula bergerak satu letupan menggegarkan kawasan sekitar - anggota-anggota sapper telah meletupkan jambatan Alor Star.

Pemusnahan itu bagaimanapun hanya separuh berjaya. Rel-rel masih berada di atas rusuk jambatan. Datang arahan supaya menggerakkan injin ke atas jambatan itu dan membenamkannya ke dalam sungai.

Saya mula untuk melaksanakan tugas ini apabila Kapt. Burns datang dan meminta saya tunjukkan kepadanya bagaimana mengendalikan tuas-tuas. Saya bersetuju untuk lakukan sendiri tetapi beliau perintahkan saya turun dari injin sebab kaki-kaki saya telah dimakan air dan berkeadaan teruk.

Saya dan tukangapi menurunkan barang-barang kami dan melihat injin tadi bergerak pantas. Kami terkejut apabila injin itu melompat atas rel-rel patah, betulkan rangkanya dan terus maju. Kami segara mengejarnya. Apabila kami sedang berlari, bunyi tembakan bermula di belakang kami.

Untuk mengejar injin, kami cuba dapatkan tumpangan sebuah trak tetapi tiada ruang untuk saya di atasnya. Bagaimanapun, satu batu di hadapan sebuah bateri Artileri DiRaja membawa saya sebatu sehingga mereka menerima arahan untuk berpatah balik. Dalam keadaan kesakitan, saya berjalan balik hampir 12 batu sehingga sebuah trak mengambil saya. Oleh kerana saya tidak tidur selama lima hari saya terus terlena dan hanya sedar setiba di Sungei Patani.

Ke stesen keretapi untuk melapor diri kepada P.P. (O.C.) dan diberitahu bahawa Spr. U'ren sedang membawa balik injin bersambung kepada tren Palang Merah. Saya di arah mengambil alih darinya. Ambil alih dan memandunya ke Bukit Mertajam di mana kreu ganti mengambil alih.

Maka tamatlah pengunduran keretapi dari Kedah.

http://www.angkor.com