Monday, October 25, 2010

CNN Tipu Liputan Perang Teluk

CNN mendapat kemenangan besar waktu Perang Teluk Pertama di mana pemberitanya Peter Arnett membuat liputan lintas langsung di Bahgdad. Peter Arnett kemudian telah di singkir atas desakan WH kononnya liputannya membantu musuh A.S. i.e. Saddam Hussein.

Tapi lihatlah bagaimana CNN hilang langsung credibility apabila di dedah membuat penipuan liputan Perang Teluk itu. Pemberitanya yang kononnya berada di Arab Saudi melapor terus waktu serangan peluru Scud sebenarnya membuat rakaman dalam studio.


Kalau massih nak percaya dengan liputan CNN dan BBC (yang tak kurang hebat menipu), video ini akan menyakinkan anda.


Tuesday, October 5, 2010

Perang Iraq - Angka Kematian Sebenar Tentera A.S.



Hingga ke saat ini, jika tersiar berita mengenai Perang Iraq kita sentiasa di ingat akan angka kematian Tentera A.S. Setakat hari ini (06-10-2010) angkat yang di beri adalah 4,742 orang.

Semasa Perang Vietnam angka kematian Tentera A.S. adalah 58,195 mengambilkira kematian akibat pertempuran tak kira di mana anggota berkenaan meninggal dunia. Berbeda dengan Perang Iraq. Hanya kematian di tempat tempur saja di ambil kira.


Ada beberapa sebab mengapa angka ini perlu di gambarkan sebagai kecil. Antaranya, supaya tidak menakutkan rakyat A.S. sendiri dan terus mendapat sokongan mereka. Maka salah satu tindakan pemerintahan Bush ialah melarang media menyiarkan gambar-gambar peti jenazah yang di bungkus dengan bendera A.S. ketika di bawa pulang. Angka yang kecil juga mahu di tonjolkan betapa 'macho' dan handalnya anggota tentera mereka yang dalam tempuh sama telah membunuh dan mencederakan beratus ribu rakyat Iraq yakni nisbah yang amat tinggi.


Sebenarnya, angka kematian tentera A.S. dalam Perang Iraq adalah lebih tinggi daripada apa yang di nyatakan. Mengikut
laporan rasmi Persatuan Veteran A.S., angka sebenar adalah 73,846 melebihi angka kematian Perang Vietnam.


Hampir setiap hari di Astro saluran National Geographic, History Channel, Discovery Channel kita di geruni dengan kecanggihan senjata aset pemusnah A.S. dalam program saperti 'Carriers', 'Weaponology', dsbnya seolah-olah mesej yang nak di sampaikan ialah 'don't even think of going against us'.

Dengan pendedahan angka sebenetr kita tidak harus tertanya-tanya lagi bagaimana pejuang-pejuang Iraq, Afghanistan dan Palestin masih kekal bertahan bumi mereka dan agama Islam.


'Pedang Allah' Khalid ibni Walid r.a. sebelum menyerang musuh Islam sentiasa terlebih dahulu menghantar perutusan dengan tiga syarat - pertama: terima Islam; kedua: Kekal dalam agama kamu dan bayar jizyah; ketiga: kalau kamu menolak kedua-duanya, bersedialah untuk berperang, tapi ketahuilah, kamu berdepan dengan kami yang cintakan kematian sapertimana kamu cintakan kehidupan.