Monday, October 25, 2010

CNN Tipu Liputan Perang Teluk

CNN mendapat kemenangan besar waktu Perang Teluk Pertama di mana pemberitanya Peter Arnett membuat liputan lintas langsung di Bahgdad. Peter Arnett kemudian telah di singkir atas desakan WH kononnya liputannya membantu musuh A.S. i.e. Saddam Hussein.

Tapi lihatlah bagaimana CNN hilang langsung credibility apabila di dedah membuat penipuan liputan Perang Teluk itu. Pemberitanya yang kononnya berada di Arab Saudi melapor terus waktu serangan peluru Scud sebenarnya membuat rakaman dalam studio.


Kalau massih nak percaya dengan liputan CNN dan BBC (yang tak kurang hebat menipu), video ini akan menyakinkan anda.


Tuesday, October 5, 2010

Perang Iraq - Angka Kematian Sebenar Tentera A.S.



Hingga ke saat ini, jika tersiar berita mengenai Perang Iraq kita sentiasa di ingat akan angka kematian Tentera A.S. Setakat hari ini (06-10-2010) angkat yang di beri adalah 4,742 orang.

Semasa Perang Vietnam angka kematian Tentera A.S. adalah 58,195 mengambilkira kematian akibat pertempuran tak kira di mana anggota berkenaan meninggal dunia. Berbeda dengan Perang Iraq. Hanya kematian di tempat tempur saja di ambil kira.


Ada beberapa sebab mengapa angka ini perlu di gambarkan sebagai kecil. Antaranya, supaya tidak menakutkan rakyat A.S. sendiri dan terus mendapat sokongan mereka. Maka salah satu tindakan pemerintahan Bush ialah melarang media menyiarkan gambar-gambar peti jenazah yang di bungkus dengan bendera A.S. ketika di bawa pulang. Angka yang kecil juga mahu di tonjolkan betapa 'macho' dan handalnya anggota tentera mereka yang dalam tempuh sama telah membunuh dan mencederakan beratus ribu rakyat Iraq yakni nisbah yang amat tinggi.


Sebenarnya, angka kematian tentera A.S. dalam Perang Iraq adalah lebih tinggi daripada apa yang di nyatakan. Mengikut
laporan rasmi Persatuan Veteran A.S., angka sebenar adalah 73,846 melebihi angka kematian Perang Vietnam.


Hampir setiap hari di Astro saluran National Geographic, History Channel, Discovery Channel kita di geruni dengan kecanggihan senjata aset pemusnah A.S. dalam program saperti 'Carriers', 'Weaponology', dsbnya seolah-olah mesej yang nak di sampaikan ialah 'don't even think of going against us'.

Dengan pendedahan angka sebenetr kita tidak harus tertanya-tanya lagi bagaimana pejuang-pejuang Iraq, Afghanistan dan Palestin masih kekal bertahan bumi mereka dan agama Islam.


'Pedang Allah' Khalid ibni Walid r.a. sebelum menyerang musuh Islam sentiasa terlebih dahulu menghantar perutusan dengan tiga syarat - pertama: terima Islam; kedua: Kekal dalam agama kamu dan bayar jizyah; ketiga: kalau kamu menolak kedua-duanya, bersedialah untuk berperang, tapi ketahuilah, kamu berdepan dengan kami yang cintakan kematian sapertimana kamu cintakan kehidupan.

Friday, September 24, 2010

Kisah Sebenar Ekonomi USA.


Tent City USA

Dua rencana tentang keadaan ekonomi USA di ICH amat menarik.


Pertama, men
genai kadar kemiskinan di Amerika Syarikat (AS) bertajuk: "Kadar 'Rasmi' Kemiskinan Itu? Lebih Teruk Dari Apa Yang Anda Fikir" oleh David DeGraw.

Menurut DeGraw, angka 43.6 juta rakyat AS hidup di bawah paras kemiskinan yang di catat oleh Biro Banci AS tidak tepat kerana tidak mengambil kira faktor-faktor terbaru. Model yang diguna asas tahun 1955. Sebagai contoh katanya, anda mungkin dapat menyewa rumah di Florida dengan USD 400 sebulan tapi tak mungkin di New York. Lagi pun kata beliau, jika anda bekerja hanya satu hari dalam setahun, anda tidak di anggap menganggur.

Satu survey terbaru amat memeranjatkan apabila mendapati 77% rakyat AS hidup kais pagi makan pagi. Ini bermakna 239 juta daripada 310 juta rakyat AS cuma menunggu masa untuk meminta sedekah.

Rencana kedua bertajuk: "Kerajaan AS 'Menyembunyi Jumlah Hutang Sebenar." oleh Gregory Bresiger.


Beliau memetik Laurence Kotlikoff, seorang pakar ekonomi di Universiti Boston sebagai berkata angka USD 14.3 trilion yang di umumkan oleh Pejabat Belanjawan Kongres adalah satu penipuan menyerupai cara perakuanan Enron. Angka sebenar adalah antara USD 50 - 60 trilion.


Apapun, menurut beliau walaupun berasaskan angka kerajaan, pada tahun 2016 kerajaan akan membayar Keselamatan Sosial lebih daripada cukai yang bakal di pungut.


Berita dan analisis saperti ini tak akan diperdengar atau diperlihat kepada kita di Malaysia. Di sini yang akan kita dengar semuanya berita ekonomi baik-baik belaka. Terbaru, Gobenor Bank Negara kita Tan Sri Zeti di pilih sebagai Gobenor bank terbaik di dunia memberi gambaran keadaan ekonomi kita dijaga dan diurus oleh orang yang terbaik.


Kita, khususnya orang Melayu, akan terus syok sendiri.

Tuesday, September 21, 2010

A Sincere Advice To Americans from A Native.

This is a MUST READ for everyone with a sense of humor. When I came came across this letter I nearly burst my sides from laughing. I have taken the liberty of re-typing if for clarity without changing even a dot.

Have a fun time.







Dear Americans,

How are you? We haven't talked in awhile. ...Sooooo, I hear you're living in tent cities now. (Excuse me while I attempt to suppress my uncontrolled laughter.) Okey...I'm better now. I just - nope, here it comes again! (Sorry, just be a moment.) Okay...okay...really. I just wanted to say we're very sorry to hear you're living in tents it must be awful. We also heard you're broke, having health care problems, and drinking a lot of alcohol. ...(Sorry, more laughter.) It's really a pity that your steal-and-pollute system collapsed. It seemed so flawless.

Anyway, I think we Native Americans might be able to help you out. If you want to stop by the reservation, we'll show you how to make fire! (Damn it, laughing uncontrollable again! One second...) Okay. No, we honestly think we may have an answer for your problems. We heard that your economy is really bad, and you are really hard up for cash. Well, we have the perfect way for you to grab some cash and get your economy rolling again! The answer is - Our fine CASINOS!

Listen folks, at the Native American casinos, everyone's a WINNER. I seriously recommend you check it out. I mean, you guys played roulette with the entire economy of the United States - what's a few thousand more dollars?? Come on down. You can set up your tent out front. Oh God - here's the laughter coming bank AGAIN!!

Sincerely,

Chief Laughing At White Man In Tent.




Sunday, September 19, 2010

100,000 Rakyat Palestin Jadi Rakyat A.S.?


Rawstory.com melaporkan hari ini usaha damai baru Palestin-Israel yang sedang berjalan sekarang bermain dengan cadangan dari bekas PM Israel Olmert, yang A.S. akan memberi kerakyatan kepada 100,000 rakyat pelarian Palestin sementara Israel sendiri akan menerima 25,000. Tapi ada syarat (Israel tak pernah cadang sesuatu tanpa syarat). Jika dipersetujui, Palestin hendaklah gugurkan isu Hak Untuk Kembali (right of return) orang Palestin yang dipaksa dan diusir dari bumi Palestin. Israel tahu cadangan ini tidak akan dipersetujui Palestin sebab itu Olmert mencadangnya. Bila di tolak oleh Palestin, Israel akan kata Palestin saperti biasa menolak usaha damainya. Saya ada satu cadangan yang lebih baik yang akan jamin keamanan Timur Tengah buat selama-lamanya. Pindahkan kesemua orang Israel ke A.S. khususnya ke New York. Orang Yahudi di New York sekarang berjumlah 6 juta lebihkurang sama dengan rakyat Israel. Secara langsung juga A.S. akan memperolehi semua eset ketenteraan Israel termasuk hampir 400 senjata nuklear milik Israel. Tak payah lagi untuk rakyat A.S. mati untuk Israel.

A.S. juga akan menjimat sebanyak USD 3 billion setahun wang bantuan untuk Israel. Ini tidak termasuk pinjaman ketenteraan tanpa faedah yang juga berbilion setahun.

Lagi Kes Dera Warga Indonesia

Gambar hiasan. Mangsa dera di Malaysia.

Terbongkar lagi kes orang Malaysia mendera pembantu warga Indonesia. Kali ini, majikan di Pulau Pinang, hanya seorang tukang kebun.

Ni pun pelik. Gaji dia pun tak cukup untuk sara hidup isteri dan bayar sewa flat. Macam mana dia mampu tenaga pembantu rumah?


Aku pun asal orang Pulau Pinang dan adik-adik masih kat duduk kat sana. Tak seorang adik-adik aku ada orang gaji bantu kerja rumah. Depa ni hanya berdua nak pakai orang gaji? Mesti dari awal dah pasang niat tak baik.

Dan kita marah bila rakyat Indonesia mengamok, kutuk, hina dan bakar/pijak Jalur Gemilang? Ada antara kita yang turut melenting. Perbuatan semacam ni yang patut kita melenting tapi kita cuma dok gelleng kepala saja.


Bukankah yang jadi mangsa terbaru ni bangsa serumpun juga?