Monday, November 3, 2008

Dato' Ahmad Badri bin Mohd Basir

Al-Fatiha

Allahyarham Dato' Ahmad Badri bin Mohd Basir, bekas Pengurus Besar KTM telah kembali ke rahmatullah pada malam 1hb November, 2008 di Hospital Selayang dan telah selamat dikebumikan pada pagi ini.

Dato' Ahmad Badri telah mengambilalih sebagai Pengurus Besar daripada Tan Sri Ishak Tadin dan orang yang terlama menerajui KTM.

Saya masih ingat di majlis perpisahan yang di adakan di rumah beliau, saya dan Sdr Abdul Radzak MD sekarang telah mengadakan satu pertunjukan AV latarbelakang hidup beliau dari masa kecil hingga ke saat perpisahan. Persembahan AV itu adalah satu kejutan buat beliau kerana telah diurahsiakan hingga ke saat pertunjukan.

Antara rakan-rakan seperjuangan yang memberi penghormatan terakhir di kediaman beliau di Jalan Setiajaya ialah Dato' Abdul Rahim Osman, Dato' Mohd Zin, Sdr Abdul Radzak dan pegawai-pegawai KTM yang telah bersara dan yang masih berkhidmat.

Kami berdoa semoga Allah Subhanahuwataala mencucuri rahmat keatas roh Allahyarham dan ucapan takziah buat Datin sekeluarga.

No comments: