Friday, April 15, 2011

MUSIUM MINI KERETAPI - 125 TAHUN SEJARAH DI'MINI'KAN






Atas: Gambar lokomotif pertama FMSR 1.
Dibawahnya gambar riplika lokomotif wap yang telah dihasilkan untuk acara kereta berhias dipamirkan sebagai bahan musium KTM.


KTM Berhad dahulunya di kenali dengan nama Keretapi Tanah Melayu (KTM). Sabelum itu dan semasa zaman pra kemerdekaan ianya di kenali dengan nama Federated Malay States Railway dan Malayan Railway. Sejarah merekod tarikh rasmi permulaan sistem keretapi di Tanah Melayu pada bulan Jun 1885. FMS Railway adalah gabungan beberapa sistem keretapi di Semenanjung Tanah Melayu.


Warga KTM Berhad baru-baru ini merayakan ulangtahun ke 125nya. Dengan jangka hayat yang begitu lama, badan keretapi ulung di negara ini sudah pasti mempunyia sejarah yang banyak dan menarik bukan saja dari aspek pengangkutan sehaja tetapi juga aspek-aspek sosio-ekonomi negara.

Dalam tempuh masa 125 tahun itu, KTM telah melangkau era wap ke era elektrik. Selari dengan ini, prasarananya dan sistem sokongan yang lain juga turut berubah.

Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu telah merayakan 100 tahun keretapi di Tanah Melayu pada tahun 1985 di Taiping mengambil sempena tempat bersejarah di mana semuanya bermula. Tidak kurang dari Perdana Menteri pada masa itu Tun Dr. Maharhir sendiri merasmikannya. Kesempatan di ambil untuk mengumpul barang dan bahan bersejarah keretapi untuk di pemirkan dan pamiran ini berlangsung selama satu bulan. Tempoh ini kemudian di lanjutkan kerena mendapat sambutan luar jangka dari masyarakat Malaysia.

Tapak pamiiran tersebut telah di ura-urakan untuk di kekalkan sebagai tapak musium tetapi atas sebab kewangan rencana ini terpaksa di batalkan dan bahan-bahan pamiran di pindahkan ke Pusat latihan Keretapi di Sentul dan stor semboyan di Jalan Ang Seng, Kuala Lumpur. Bahan pamiran yang besar saperti koc dan lokomotif telah di agih-agihkan ke beberapa lokasi rangkaian KTM untuk di pamirkan.-

Oleh sebab tidak ada satu rancangan yang kekal dan menyeluruh, lama kelamaan banyak daripada bahan-bahan pamiran ini telah hilang kebanyakannya menyadi bahan peribadi pegawai dan kakitangan KTM. Foto-foto dan documen-dokumen bersejarah yang begitu sukar di kumpul oleh Tuan Sheikh Ahmad bin Abu Bakar pada waktu itu selaku Pengetua Pusat Latihan, seorang yang minat tentang sejarah keretapi, pula telah terbiar tanpa di arkibkan dan hilang tanpa sebarang rekod.

Pengurusan KTM Berhad telah mengadakan musium mini di perkarangan ruang dalaman stesen keretapi lama Kuala Lumpur. Lokasi yang di pilih sememangnya amat sesuai memandangkan bangunan stesen itu sendiri di anggap sebagai eset warisan (heritage).

Bahan-bahan yang di pamirkan terdiri daripada foto-foto lama dan perkakas serta peralatan lama yang pernah di guna dalam pengendalian keretapi di Tanah Melayu. Ruang pamiran terdiri dari ruang terbuka yang mempamirkan bahan-bahan bersaiz sederhana manakala satu ruang khusus pula di pamirkan bahan-bahan kecil berupa foto, peralatan pakaian seragam dsbnya.

Bahan-bahan di pamirkan tanpa berkonsep atau bertema hanya sekadar memenuhi ruang. Letakan bahan-bahan pamiran tidak mengambil kira era atau penggunaannya.

Beberapa kunjungan ke musium melihat respons masyarakat tempatan mahupun pelancong amat sedikit sekali walaupun terdapat lawatan berancang para pelancung ke tempat-tempat berdekatan saperti Masjid Negara, Pusat Islam, Tugu Negara, Taman Burung, Memorial Tungku Abdul Rahman, Makam Pahlawan, dll.

KTMB menempatkan seorang pegawai dan seorang pembantunya berkhidmat di musium. Merekalah berperanan mengurus semua aspek berkaitan dengan musium ini. Tanpa mempunyai latarbelakang yang sesuai, pengalaman dan sumber rujukan yang di perlukan, mereka telah melaksanakan tugas ini sebaik yang mampu. Usaha ini harus di hargai.

Amat malang sekali sebuah institusi yang tertua di negara ini yang telah memainkan peranan yang begitu penting dalam pembangunan dan keselamatan negara, langsung tidak diiktiraf peranannya dengan mengabaikan sejarah dan sumbangannya dengan tidak menyimpan, memelihara dan mempamirkan artifak sejarahnya untuk generasi kemudian. Gedung bahan simpanan sejarah yang ada pada KTMB sekarang amat begitu kecil sekali berbanding dengan usianya. Bahan-bahan identitinya saperti lokomotif, stok-kereta dan sebagainya yang pernah diguna telah dihapuskan sama sekali dan sisa-sisa peninggalan di agih-agihkan kepada musium-musium dan tempat-tempat pamiran lain diseluruh negara. Mungkin ini satu yang baik juga sekurang-kurangnya bahan-bahan sejarah ini dapat terus dipamir dan ditonton masyarakat. Malangnya, ia sepatutnya dipamir oleh institusi KTM sendiri.

Mungkin pengurusan-pengurusan KTM terdahulu dan sekarang berpendapat bisnes KTM adalah pengangkutan dan bukan sejarah. Ini betul juga memandangkan kedudukan kewangan KTM/KTMB yang tidak pernah menunjukkan keuntungan makanya segala sumber harus disalurkan kepada pembangunan dan kesinambungannya.

Atau mungkin juga semenjak tahun 70an mereka yang dilantik mentadbir dan menasihat KTM bukan dikalangan orang keretapi. Fokus mereka semata-mata kepada keuntungan yang tidak tercapai. Elemen nostalgia tidak ada dalam perkiraan mereka.

Jika pencita sejarah khususnya sejarah keretapi di Tanah Melayu mahu melihat sejarah ini diberi pengiktirafan dengan menwujudkan sebuah musium keretapi yang serba lengkap saperti seumpamanya di negara-negara lain, satu cara mungkin dengan menjadikannya salah satu unit peniagaan (business unit) yang juga boleh menjana hasil kepada KTM Berhad.

Satu cara lain adalah menswastakannya.

No comments: