Friday, February 13, 2009

Ke Bawah DYMM Sultan Azlan Shah - Daulat Tuanku!

Saperti orang biasa lain, mau atau tidak, saya juga di tarik dengan apa yang sedang berlaku di negara tercinta ini sekarang, khususnya peristiwa di Perak.

Saya bukan anak kelahiran Perak. Saya kelahiran Pulau Pinang sama saperti DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun. Waktu kecil-kecil dulu pernah bermain-main ke rumah Cik Gu Ali, Allahyarham ayahanda Tuanku Bainun. Ada juga tali kekeluargaan bau-bau bacang.

Satelah berkhidmat selama hampir 30 tahun dengan Kor Jurutera DiRaja sebagai sukarela Rejimen Pakar, ketaatan saya selama hampir separuh hayat saya adalah kepada DYMM Sultan Azlan Sahah selaku Kolonel Yang DiPertua Kor RAJD. Watikah saya di tandatangani oleh Tuanku semasa menjadi Yang DiPertuan Agong ke-9. Ketika bersara dari ATM pada akhir tahun 2001, saya telah menerima Darjah ACM daripada DYMM Tuanku Sultan sendiri.

DYMM Raja Nazrin pula adalah Kolonel Kehormat Rejimen-Rejimen Jurutera Senggara Perhubungan (Pakar).

Daulat Tuanku!

No comments: