Wednesday, July 29, 2009

Hubungan Akrab Malaysia - USA/Israel.

Kalau anda fikir 'special relationship' hanya wujud antara USA dan Israel anda perlu fikir semula. Sebenarnya, special relationship ini juga wujud bukan saja antara USA dan Malaysia tetapi berbentuk segitiga, USA-Israel-Malaysia.

Panjang ceritanya. Untuk memahaminya dan supaya tiba ke arahtuju bukti kenyataan di atas, kita kena mula di sini.

Gambar yang di paparkan ialah Larry Franklin, bekas analis pengkhususan Iran, Syria dan pertubuhan Hasbollah di bawah pentadbiran George W Bush. Bosnya di Pentagon pada ketika itu ialah Douglas Feith dan Paul Wolfowitz, kedua-duanya Yahudi. Ingat nama dua-dua ni.

Pada Oktober 2005, Larry Franklin telah mengaku salah atas tuduhan menyampai rahsia sensitif kerajaan USA kepada dua orang kanan American Israel Public Affairs Committee (AIPAC) sebuah pertubuhan lobi Yahudi di USA yang berhubungan rapat dengan parti Likud Israel. Franklin telah di kenakan 13 tahun penjara tetapi kemudiannya di kurangkan ke 100 hari khidmat sosial.

The Raw Story pada 29 Julai telah memetik wawancara akbar Washington Times dengan Franklin di mana Franklin mendedahkan beliau telah di soal oleh FBI mengenai semua orang Yahudi dalam pentadbiran Bush. Menurutnya lagi, tujuan sebenar FBI ialah untuk memerangkap Douglas Feith dan Paul Wolfowitz yang dipercayai mengintip untuk Israel.

Siapakah Dougles Feith dan Paul Wolfowitz? Apa pula kaitanya dengan special relationship dengan Malaysia?

Ikuti ceritanya di blog ini.

No comments: