Sunday, August 2, 2009

Latah & Amok

"Those who can make you believe absurdities can make you commit atrocities."...Voltaire.

Kalau diterjemahkan ke Bahasa Melayu, ungkapan di atas oleh Voltaire, seorang ahli falsafah Perancis yang terkenal ianya mungkin berbunyi saperti berikut:-

"Mereka yang boleh membuat anda percaya pada perkara karut boleh membuat anda lakukan kekejaman".

Saya terfikir akan ungkapan ini tatkala melihat telatah orang Melayu yang berdemo menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Tak tahulah berapa banyak antara mereka ini yang keluarga atau kawan pernah atau sedang di tahan di bawah akta ini. Kalau melihat pada senarai yang terdapat di laman web Aliran, setakat 13.05.2009 seramai 17 orang di tahan, 10 disyaki ahli Jemaah Islamiah, 5 terlibat dengan pemalsuan dokumen. Dua orang adalah warga Indonesia.

Kecuali seorang berbangsa Cina, selainnya adalah orang Melayu Islam. Patutlah ramai Melayu dari bangsa lain yang berdemo. Saya tak percaya semua yang berdemo adalah ahli keluarga mereka yang ditahan tetapi mereka yang samada bersimpati dengan tahanan atau di buat cerita karut tentang kezaliman menahan orang tanpa bukti yang boleh didakwa di makkamah.

Tetapi saya tidak percaya orang Melayu yang berdemo menuntut supaya ISA dimasuhkan sebenarnya berdemo kerana tujuan itu walaupun penganjurnya memberi alasan itu. Saperti kata Voltaire, mereka telah dihasut dengan cerita-cerita karut yang bermacam-macam dan berterusan sehingga rekaan menjadi kebenaran. Saya ingin memetik seorang lagi yang kalau tidak 'famous' pun, pastinya 'infamous' iaitu Adolf Hitler. Katanya "Make the lie big, make it simple, keep saying it, and eventually they (the people) will believe it." Strategi ini telah digunakan dengan jayanya oleh mantan presiden Amerika Syarikat George W Bush untuk meraih sokongan rakyat Amerika menyerang Iraq. Beliau telah berbohong yang Iraq mempunyai senjata nuklear dan kaitan dengan al-Queda dalam peristiwa 9-11.

Ada dua sifat orang Melayu yang unik dan diterima pakai masyarakat dunia iaitu latah dan amok. Malahan perkataan amok atau 'amuck' telah menjadi perbendaharaan kata Inggeris.

Orang Melayu sekarang sering dicucuk supaya melatah sehingga sanggup baring depan kereta Anak Raja.

Adakah kita akan lihat pula orang Melayu mengamok?

No comments: