Monday, August 17, 2009

Hubungan Akrab Malaysia - USA/Israel - II

Kematian rakyat Iraq sehingga 17.08.2009


"The Bush administration invaded Iraq in March 2003 with a force of approximately 130,000 troops. Top White House and Pentagon officials like Deputy Secretary of Defense Paul Wolfowitz were convinced that, by August, those troops, welcomed with open arms by the oppressed Iraqis, would be drawn down to 30,000-40,000 and housed in newly built, permanent military bases largely away from the country's urban areas. This was to be part of what now is called a "strategic partnership" in the Middle East."

Beginilah mukhadimah Tom Engelhargt pada artikel beliau yang terbaru di www.tomdispatch.com.

Agak pelik juga dalam menyebut peranan orang-orang kanan dalam pentadbiran George W Bush di Rumah Putih dan di Jabatan Pertahanan (Pentagon), nama Paul Wolfowitz yang disebut pada hal Wolfowitz sekadar memegang jawatan Timbalan Setiausaha Pertahanan di bawah Donald Rumsfeld. Ini kerana Wolfowitzlah dari golongan neoconservatives yang berpihak kuat kepada zionis Israel dalam pentadbiran Bush. Beliaulah orangnya yang begitu lantang bersuara dan bertindak menerusi AIPAC (American Israel Public Affairs Committee) beriya-iya supaya Amerika menyerang Iraq dengan perbagai alasan tanpa bukti asalkan sesuatu yang boleh di terima oleh rakyat Amerika dalam keadaan trauma akibat insiden serangan keatas World Trade Center dan Pentagon pada 9-11-2001.

Dalam keterangannya kepada Majlis Keselamatan Negara selapas 9-11, beliau berkata "Why shouldn't we go against Iraq, not just al-Queda? (Iraq) was a little brittle, oppressive regime that might break easily - it was doable." Sebenarnya, tindakan menyerang Iraq adalah berasaskan kepada satu kertas penilaian doktrin yang ditulis oleh, antara lain, Wolfowitz sendiri untuk parti Likud Israel dibawah pimpinan Benyamin Nethanyahu yang kemudiannya di tukar tajuk kepada Project for the New American Century (PNAC) doktrin pentadbiran Bush.

Walaupun pada awalnya Amerika menafikan sebab menyerang Iraq bukan kerana minyak, empat bulan selepas serangan haram itu Wolfowitz memberitahu Kongres Amerika pada Mac 27, 2003, bahawa Amerika sebenarnya "dealing with a country that can really finance its own reconstruction, and relatively soon." He added that Iraq's oil revenues could "bring between $50 billion and $100 billion over the course of the next two or three years."

Amat jelas dari bukti-bukti yang nyata dan dari kenyataan beliau sendiri, Paul Wolfowitz adalah orang yang bertanggungjawab keatas serangan haram keatas sebuah negara berdaulat, Iraq, yang tidak berdosa yang turut mengakibatkan berjuta rakyatnya mati, cedera, didera dan kini hidup dalam serba kekurangan dan penderitaan semata-mata melaksanakan perancangan zionis Israel memalui proksinya USA.

Baca profil Paul Wolfowitz di sini.



No comments: