Friday, January 7, 2011

Kesan Pada Keretapi Semasa Perang Dunia Ke-2


Artikel ini di petik dari The Malayan Railway oleh J.O. Sanders, C.M.G. yang telah terbit dalam majalah Malayan Magazine tahun 1952

Kompeni Pengendalian dan Penyelenggaraan Keretapi (Railway Operating & Maintenance Coy atau ROMC) telah di tubuhkan pada awal 1941 sebagai sebahagian daripada Federated Malay States Volunteer Force (FMSVF). Kompeni ini dengan kekuatan seramai 220 orang telah melaksanakan tugas-tugas penting di tempoh awal serangan ke atas Malaya. Beribupejabat di Alor Star, ia mengendalikan tren-tren tentera di bahagian hadapan dan menjalankan tren perisai hingga 15 batu ke dalam negari Siam (Thailand). Satu seksyen dari ROMC telah di tempatkan di Kelantan dan telah dengan jayanya memenuhi desakan ke atas keretapi semasa pengunduran dari negeri itu.

Apabila pengunduran dari utara Malaya bermula, segala usaha telah di ambil untuk mengeluarkan semua stok-kereta supaya ianya tidak jatuh ke tangan musuh dan dalam satu hari sebanyak 19 buah tren telah dapat di sediakan dan di keluarkan dari Perai walaupun dalam serangan bom. Semasa pengunduran berterusan, rangkaian keretapi menjadi sesak. Kalau di kumpulkan semua stok-kereta ianya memerlukan landassan sepanjang 26 batu (45 km) dan ini lebih daripada landasan yang ada di Singapura. Dengan itu, adalah perlu meninggalkan gerabak dan koc semasa pengunduran berterusan tetapu lokomotif-lokomotif yang berkuasa tinggi telah di kerjakan ke Singapura.

Jambatan-jambatan induk keretapi yang awal-awal lagi di sediakan untuk pemusnahan telah di musnahkan serentak dengan pengunduran tentera British. Beberapa buah jentera penting telah di pindah ke Singapura tetapi banyak lagi yang telah di musnah. Di Pelabuhan Klang pula sebanyak 65 kapal ringan telah di tenggelamkan dan kren-kren pelabuhan telah di buang ke dalam sungai. Pada 9hb Januari 1941, ibupejabat keretapi telah di pindahkan dari Kuala Lumpur ke Gemas dan kemudiannya ke Singapura.

Keretapi masih beroperasi sehingga tentera Jepun mendarat di Singapura dan menghampiri Bukit Timah.

No comments: