Monday, November 22, 2010

"Samdul" - Kisah-Kisah Menerang Makna (1)

Ini di tulis kerana rasa frust ada yang buat tak faham-faham perasaan orang lain. Kalau dalam keadaan lain tak apa lah tapi dalam keadaan kita melaksanakan ibadah, ini yang buat kita naik hot!

Mula-mula saya nak cakap tentang parking di sekitar masjid khusus waktu solat Jumaat. Memang kat mana-mana masjid pun tak di sediakan tempat letak kereta yang mencukupi semua jemaah solat Jumaat atau solat eid. Itu adalah hari-hari peak. Tak lojik nak sediakan tempat yang begitu luas hanya untuk menampung kegunaan pada hari dan waktu peak saja. Membazir kalau kawasan luas tak penuh pun di waktu-waktu lain.

Kalau di kota/pekan/bandaraya dah menjadi kebiasaan kereta di park di tepi-tepi jalan dan alhamdulillah. pihak polis pun ambil tak kisah kalau waktu solat Jumaat atau eid. Non-Muslim pun setakat ini tak ada yang komplain.

Kita kebiasaannya ke masjid lebih awal, sekurang-kurangnya sabelum azan kedua solat Jumaat. Kereta kita park di mana-mana tempat kosong TAPI tak menghalang keretapi lain. Yang menjadi masalah, mereka yang datang lambat kerana terlalu sibuk dengan tugas atau terlalu syok bersembang kat warong, sesuka hati double-park dan triple-park. Masih tak ada masalah. Lalulintas terpaksa slow sebab dua tiga lorong dah jadi satu yang sempit. Tapi ini dah jadi kebiasaan sejak bertahun-tahun jadi no problem, sabar saja.

Selesai solat (selepas salam) kita pun berzikir dan berdoa sendiri dan bangun keluar masjid. Sampai kat kereta dah kena blok. Tak mengapalah, tunggu sekejap. Tapi tuan punya kereta yang datang lambat dan blok kereta kita masih tak nampak batang hidung. Tunggu dekat 15 minit baru dia datang. Tak ada nak bagi salam. Tak ada nak kata sori. Masuk kereta terus jalan. Ini yang buat kita hot! Baru saja selesai beribadah dan mula naik marah kat seorang muslim lain.

Dah tahu blok kereta orang cepat-cepatlah keluar masjid. Bagi salam dan beredarlah. Nak berzikir, nak berdoa dalam kereta sambil memandu pun tak ada salahnya. Yang wajib jaga hati orang lain yang mungkin ada urusan penting selepas solat.

Orang macam ni yang layak kita gelar samdul.


No comments: