Friday, December 31, 2010

SEJARAH ANGKATAN SUKARELAWAN DI TANAH MELAYU.

Titik permulaan penubuhan angkatan sukarelawan di Tanah Melayu bermula pada tahun 1854 semasa Perang Creamia dengan tertubuhnya Singapore Volunteer Rifle Corp. Berbangga dengan moto mereka "In Oriente Primus', mereka terus menyumbang khidmat kepada pemerintah British dan Negeri-Negeri Selat (Singapura, Melaka dan Pulau Pinang) di masa-masa bencana.

Perang Boer tahun 1899-1902 merangsang pula penubuhan Malay States Volunteer Rifles di ikuti dengan Singapore Volunteer Artillery Corps pada tahun 1888.

Apabila tercetus Perang Dunia Pertama pada bulan Ogos 1914, ramai lagi masyarakat Britain di Tanah Melayu menyumbang bakti mereka dengan menyertai pasukan-pasukan sukarela yang turut mengambil bahagian dalam menyekat Pemberontakan Sepoy di Singapura pada tahun 1915. Apabila api persengketaan mula memuncak di Europa pada 1930an, ramai di kalangan masyarakat di Tanah Melayu termasuk warga tempatan lain menyertai pasukan-pasukan sukarela. Mereka ini buka sahaja terdiri daripada kakitangan kerajaan negeri-negeri di Tanah Melayu bahkan juga dari orang awam dan komuniti perniagaan saperti perlombongan, estet dan perubatan. Mereka di kalangan perkhidmatan penting bagaimana pun di halang daripada menyertai. Apapun latarbelakang mereka, semangat untuk berbakti kepada bumi di mana mereka berada dan tanahair mendorong mereka untuk menyumbang segala-segala demi mempertahankannya.

Latihan ketenteraan di laksanakan pada waktu malam dan di hujung minggu. Struktur organisasinya menyerupai struktur Askar Wataniah Britain. Pegawai-pegawai sukarela memegang tauliah Gabenor dan bukan tauliah DiRaja.

Unit-unit pasukan berasaskan wilayah pentadbiran Tanah Melayu dan di mana anggota bermastautin dan bertugas.

Pembahagiannya adalah saperti berikut:-

1. Negeri-Negeri Selat - (S.S. singkatan Straits Settlements) - Empat Batalion:




2. Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (F.M.S. singkatan Federated Malay States) - Empat Batalion:




3. Terdapat juga pasukan-pasukan sukarela di lima Negeri-Negeri Tak Bersekutu (Unfederated Malay States) i.e. Perlis, Kedah, Kelantan, Terangganu dan Johor. Sukarelawaan di susun saperti berikut:




4. Selain kumpulan-kumpulan sukarelawan ini, terdapat juga Kor Pertahanan Tempatan (LDC) yang di tubuhkan pada tahun 1940 yang menyerupai Home Guard. Terdapat juga yang menganggotai:



Semasa kejatuhan Tanah Melayu dan penyerahan Singapura kepada tentera Jepun terdapat 18,000 sukarelawaan dan mereka di anggap dan di layan dan di penjara sebagai dan sapertimana tawanan tentera tetap.


Sumber: Malayan Volunteers Group - History - The Malayan Volunteer Forces

No comments: