Thursday, May 21, 2009

Allahyarham Tuan Hji Ahmad Joned & Zainal Abidin Ahmad

Pada tanggal 1hb Mei, kita keluarga Keretapi Tanah Melayu kehilangan dua orang sahabat iaitu Tuan Haji Ahmad Joned dan Zainal Abidin Ahmad.

Bagi keluarga Melayu di KTM, Tuan Haji Ahmad Joned memang tidak asing lagi sinonim dengan perjuangan Melayu dan maruah bangsa.  Allahyarham pernah menyandang jawatan Yang DiPertua PERKAP buat satu ketika yang amat lama.  Saya sempat melawat beliau semasa tenat di Hospital Universiti dalam keadaan tidak sedar dua hari sabelum Allahyarham kembali ke rahmatullah.

Allahyarham Zainal Abidin Ahmad (Bang Long) masih dalam perkhidmatan waktu meninggal.  Khabarnya, beliau meninggal dirumah keluarga di Sabak Bernam.  Kapt. Zainal Abidin Ahmad (Bersara) pernah satu masa dulu sepasukan dengan saya dalam Rejimen Pakar.  Beliau akan dikenang sebagai seorang yang peramah dan sentiasa bersenyum.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmatNya keatas kedua-dua saudara kita ini, ameen.

No comments: