Monday, May 11, 2009

Tentang Monyet & Pokok


Banyak orang termasuk YAB Dato’ Seri Najib menyifatkan apa yang berlaku di DUN Perak ‘memalukan’.

Mengapa pula perbuatan bergaduh dan menarik merampas kerusi Speaker amat memalukan? Rampas hak orang lain tak malu. Main sama isteri orang tak malu. Main buntut pun tak malu. Kurang ajar sama Raja tak malu. Demonstrasi sana sini lawan polis tak malu. Yang memalukan bergaduh di DUN? Orang-orang politik di Taiwan dan di Korea Selatan selalu bergaduh sampai bertumbuk dan campak kerusi di Parlimen. Tak pun depa rasa malu.

Mungkin malu kerana waktu tu semuanya pakai pakaian istiadat jadi semua nampak serupa saja. Macam monyet dan member-member se spisi susah nak kenal dan nak cam nak bezakan antara yang banyak sebab kalau tengok muka, semua sama.  Tengok bulu, pakaiannya seragam saja. Ahli-ahli yang berhormat kita pun tau depa tu macam monyet.  Yang ni depa sendiri yang kata.  Ada juga yang panggil antara sendiri sebagai babi.  Tapi kat Perak mungkin tak ada babi sebab semua babi dah ke Mexico dan sibuk menyebar virus pada orang Mexico dan negara-negara lain.

Yang memilih ahli-ahli dewan adalah rakyat yang bijak (sekuruang-kurangnya bijaknya datang waktu pilihanraya di suruh mengundi dengan bijak).  Dah tentu pemimpin yang di pilih mempunyai segala sifat, jiwa dan perwatakan orang yang memilih. Kalau monyet yang memilih monyet, jadi apa yang nak malu jika sifat monyet itu di bawa ke DUN? Monyet mana ada sifat pemalu. Kalau tak percaya pergi tengok sendiri gelagat depa, dikhalayak ramai pun tak segan silu, telanjang bogel dan kalau dah gian, ‘main’ pun tak peduli orang lain tonton.

Monyet memang suka tinggal kat hutan sebab ada banyak pokok. Di Ipoh sebab tak dapat masuk bangunan maka monyet-monyet pun berkumpul di bawah pokok untuk bersidang. Bila pokok di tebang dan hilang ‘natural habitat’ mereka, maka monyet-monyet pun berselerak di jalan mengganggu spisi manusia. Tempat pokok yang di pilih nak di jadikan tugu dan pasti satu hari nanti tugu/pokok itu akan jadi tempat ibadah sapertimana pokok-pokok yang lain sapertinya.  Tapi pokok di Ipoh ini agak unik sikit sebab orang Melayu/Islam dalam spisi yang sama pun beribadah di situ.

No comments: