Sunday, May 31, 2009

Korea Selatan & Israel - Dua Keberanian yang Berbeda

Harijadi saya dan Mek Nab tahun ini pada 25hb Mei sungguh bermakna sekali.  Tak tahulah tentang Mek Nab tapi pada saya memang iya.  Pada hari itu Korea Utara (DPRK) berjaya menguji senjata nuklear mereka.  Di laporkan ujian itu adalah sebesar 10-20 megaton sama saperti bom-bom nuklear yang digugurkan oleh Amerika ke atas Hiroshima dan Nagasakai pada tahun 1945.

Selepas ujian nuklear itu, Korea Utara menguji pula beberapa peluru berpandu jarak dekat dan sederhana.

Mata dunia kini berpaling ke arah Korea Utara.  Ini membuat Israel tidak senang.  Pada Israel tumpuan dunia hendaklah sentiasa ke arah Iran dan ‘niat’ Iran untuk memperolehi senjata nuklear.  Untuk itu Israel telah mengadakan latiihan menghadapai peperangan yang terbesar di negara zionist itu.  Sementara itu, kenyataan tentang hasratnya untuk bertindak unilateral ke atas Iran walaupun tanpa bantuan atau sokongan Amerika di teruskan dan di perhebatkan.

Riaksi daripada Amerika dan kuncu-kuncunya yang di gelarkan sebagai komuniti dunia dan komuniti antarabangsa adalah sepertimana yang di duga.  Mereka tidak boleh terima Korea Utara bernuklear dan akan mengambil langkah-langkah ke arah ini.  Mereka juga akan mengenakan sekatan yang lebih berat ke atas Korean Utara.

Amerika memaksa negara hambanya Korea Selatan supaya bersetuju menaiki dan menahan mana-mana kapal Korea Utara yang di dakwa membawa muatan larangan.  Riaksi Korea Utara tidak di duga oleh mereka.  Korea Utara mengeluarkan kenyataan bahawa sebarang tindakan menaiki dan menahan kapal-kapalnya di anggap sebagai tindakan perang (act of war).  Selain itu, Korea Utara membatalkan Perjanjian Genjatan Senjata mengakhiri Perang Korea. Perang Korea sebenarnya tidak berakhir cuma di tangguh dan akan di teruskan semula.

Apa riaksi kebanyakan rakyat Korea Selatan terhadap ancaman Korea Utara ini? Tidak aneh kalau mereka menganggap ancaman itu biasa saja.  Tak ada pun sebarang histiria.

Amat berbeda dengan zionist Israel.

Satu bancian penduduk Yahudi Israel mengenai kemungkinan Iran mempunyai senjata nuklear mendapati 23% penduduknya akan meninggalkan negara itu.  Inilah keberanian sebenar rakyat zionist Israel.  Keberanian yang di tunjuk hanya keatas merekan yang tidak mempunyai senjata sesuai untuk melawan saperti rakyat Palestin dan Lebanon.  Itu pun perlu di kenakan berbagai sekatan dan penindasan untuk melemahkan mereka sabelum diserang.  Serangan pula di lakukan keatas mereka yang tidak mampu melawan saperti wanta dan anak-anak.

Dengan musuh yang berupaya melawan saperti Iran mereka nak cabut lari.

US dan Europe khususnya UK sangat risau dengan kemungkinan kedatangan pelarian baru hampir dua juta ini dari Israel dan itulah sebab utamanya Amarika dan sekutunya ingin mempastikan Iran tidak mempunyai senjata nuklear. Jumlah orang Yahudi yang sedia ada di negara-negara mereka sudah banyak menimbulkan pelbagai masaalah dan tambahan pelarian baru ini akan pasti membawa kepada masaalah yang lagi besar.  

No comments: