Wednesday, September 15, 2010

Adalah Islam Ancaman Besar Keatas Dunia Sekarang?


Kenyataan Tentangan Afghan
Adalah Islam Ancaman Besar Keatas Dunia Sekarang?

Wilayah Emir Afghanistan

(Di ambil dari Informationclearinghouse.com dan di terjemah ke Bahasa Melayu)

Baru-baru ini dalam satu temubual, bekas PM Britain Tony Blair menegaskan bahawa Islam redikal merupakan ancaman terbesar sekarang pada seluruh dunia. Bagaimana pun, istilah 'Islam redikal' merupakan satu terma baru yang diterbitkan oleh musuh Islam untuk menghina muslim yang mahu menyusun hidup mereka dan hidup mengikut kehendak-kehendak hukum dan syariah Islam. Satelah kekalahan tentera salib Europa di tangan muslim di Palestin, kuasa Europa sedar mereka tidak akan berjaya menawan dan menjajah bumi Islam kecuali dengan memutarbelitkan prinsip-prinsip Islam.

Justeru itu, apabila kuassa-kuasa Europa memulakan penaklukan, mereka bukan saja merampas bumi daripada muslim, mereka juga mengada-adakan satu rancangan yang kusut dan dengki untuk memutarbelitkan ajaran Islam: Mulanya, mereka cuba mencairkan konsep Jidad dalam Islam. Kedua, mereka memperkenalkan fahaman pengasingan politik dan agama.
Ketiga, mereka menghapuskan undang-undang Islam dan menggantinya dengan undang-undang buatan manusia. Rancangan penjajah-penjajah ini telah dibantu oleh orang-orang munafiq dan yang sesat siapa satelah dinodai dengan kekayaan duniawi, bersunguh-sunguh berselingkung dengan penjajah-penjajah Europa dalam menentang Islam.

Musuh-musuh Islam begitu berjaya dalam rancangan mereka sehingga dihari ini, musuh-musuh kita boleh melebel mana-mana muslim, mengambilkira tiga aspek di atas, sebagai radikal dan seleruh dunia, termasuk muslim yang daif, yakin dan percaya propaganda mereka. Rumusan sejarah serba ringkas ini adalah bertujuan memberi penjelasan sebarang salahanggap yang mungkin ada pada purata pembaca tentang komen-komen bekas PM Britain itu.


Kalau kita katakan komen beliau bahawa 'Islam redikal' sekarang merupakan ancaman besar keatas dunia satu pembohongan, ianya telalu mudah. Tony Blair kata Islamis radikal percaya diri mereka mempunyai jastifikasi mengguna senjata-senjata kimia, biologi dan nuklear. Setahu kami tidak ada mana-mana negara Islam yang dikaitkan dengan penggunaan senjata nuklear. Dua perbuatan penggunaan senjata nuklear keatas orang awam adalah yang telah digugur keatas Hiroshima dan Nagasaki, Jepun, dan kedua-dua jenayah keatas manusia ini telah dilakukan oleh Amerika.


Sehingga ke hari ini Amerika dan sekutu-sekutu gabungannya masih terus menguna senjata-senjata 'uranium-depleted' terhadap masyarakat awam yang tidak berdosa di Afghanistan. Bukan orang Islam yang mencipta atau mengguna senjata-senjata kimia dan biologi dalam peperangan konvensyional atau pun tidak konvensyional.


Penggunaan senjata kimia dan biologi secara sengaja dan besar-besaran bermula pada Perang Dunia Pertama dimana kesemua pihak yang bersengketa adalah kuasa-kuasa Europa. Negara Islam tidak menyimpan stok senjata kimia, biologi dan nuklear yang banyak. Negara-negara yang mempunyainya adalah negara-negara yang menggelar diri mereka pembela keamanan dunia. Keengganan mereka menghapus senjata nuklear dan dalam masa sama menolak hak keselamatan yang sama pada negara lain merupakan ancaman terbesar pada dunia sekarang. Apabila bersemuka dengan hipotesis bahawa rakyat Chechen, Kashmir, Palestin, Iraq dan Afghanistan menentang penjajahan bumi mereka, Tony Blair yang merupakan seorang yang bercakap kosong, gagal menjawab dengan menyakinkan, dan dengan mudah menjawab cara sesuai dengan orang British, memanggil cara hidup orang Islam "mundur, keji dan menyimkap zaman silam". Tidaklah kita lebih mundur dari Tony Blair dengan permikiran nostalgia beliau kepada zaman kegemilangan kuasa empayar Britain yang bermakna. Tidaklah kita lebih keji daripada Tony Blair yang masih terus mempertahankan keputusannya menyerang Iraq tanpa sebarang dalih yang sah dan walaupun tanpa berjumpa dengan apa-apa senjata pemusnah massa di Iraq. Tidaklah kita lebih mengagungkan masa kegemilangan kita dari Britain, yang mencontohi cara hidup mereka dari cara hidup kita dan Rom.

Lebih dari dua kurun lamanya, kuasa-kuasa Barat telah menjarah hasil bumi negara-negara Islam dan membunuh penduduknya begitu bebas sekali. Agresi mereka terhadap masyarakat muslim masih diteruskan hingga sekarang. Penemuan sumber-sumber asli dan kepentingan stratagik wilayah-wilayah itu telah membara semula ketamakan Barat untuk terus merompak bumi Islam. Umat Islam di wilayah-wilayah itu telah di nafikan hak kebebasan dan hak asas beragama mereka. Inilah sebabnya kuasa-kuasa Barat begitu gentar dan cemas dengan aliran muslim kembali semula kepada ajaran Islam dan hidup dengan syariahnya. Orang saperti Tony Blair tahu hanya kuasa Islam saja yang mampu menyekat dan membendung cita-cita penjajah mereka.


Atas Islamophobia inilah, apakala Wilayah Emir Islam Afghanistan (Islamic Emirate of Afghanistan) ditubuhkan, kuasa-kuasa Barat begitu pantas menyelanya dan mencari apa saja helah menjatuhkan kerajaan yang sah ini. Serangan keatas menara kembar adalah semata-mata alasan yang dicaricari musuh untuk menghapus sama sekali agama kita. Amarika Syarikat menyerang bumi Islam atas spekulasi tanpa bukti. Bukti yang dikemukakan adalah semata-mata 'circumstantial' dan andaian yang tak mungkin diterima oleh mana-mana tribunal kehakiman. Dalam satu tindakan yang paling kejam dalam undang-undang antarabangsa, Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu, mensucikan serangan keatas Afghanistan tanpa meminta sebarang bukti yang mengkaitkan sebarang serangan keatas negara-negera asing oleh Wilayah Emir Afghanistan.

Bangsa-Bangsa Bersatu sekurang-kurangnya mengesahkan kebenaran ataupun sebaliknya bukti yang dikemukankan oleh Amarika Syarikat, dan berunding dengan Wilayah Emir menubuhkan tribunal dan membicara tertuduh secara adil dibawah undang-undang syariah. Sebaliknya, Barat telah memulakan dasar mencabul segala norma dan budaya antarabangsa, sementara Bangsa-Bangsa Bersatu dan mereka yang kononnya penegak-penegak hak asasi terus membisu. Apa yang nyata, tindakan-tindakan yang diambil Amarika Syarikat bersama sekutunya Britain (waktu dipimpin Tony Blair), terbukti lebih besar bahayanya keatas keamanan dunia. Mereka telah menyerang dan mencabul keadulatan negara-negara Islam di seluruh dunia. Mereka telah membunuh ratusan ribu manusia yang tidak bersalah di Afghanistan. Iraq dan negara-negara Islam lain. Mereka menculik orang awam dijalanan dan mendera dengan berbagai-bagai bentuk dan cara yang kejam sekali di penjara Abu Ghraib, Bagram dan Guantanamo. Dengan berani dan terbuka mereka mambakar kitab suci al-Quran dan melukis kartun menghina Nabi SAW dan mengelar agama kami agama yang mengancam keamanan dunia. Mereka terus tanpa sebarang sebab. membedil rakyat Afghanistan yang tidak berdosa. Disebalik semua ini, mereka dengan selamba menuduh kami mengganas keatas rakyat kami sendiri dan ancaman kepada dunia. Sukar hendak kami bayangkan dari dunia mana asal mereka dan makluk asing mana yang hendak mereka yakinkan penipuan mereka.


Sambutan yang diberikan pada Tony Blair di Dublin adalah bukti jelas tidak ada menusia yang mempercayai pembohongannya.

No comments: