Friday, September 24, 2010

Kisah Sebenar Ekonomi USA.


Tent City USA

Dua rencana tentang keadaan ekonomi USA di ICH amat menarik.


Pertama, men
genai kadar kemiskinan di Amerika Syarikat (AS) bertajuk: "Kadar 'Rasmi' Kemiskinan Itu? Lebih Teruk Dari Apa Yang Anda Fikir" oleh David DeGraw.

Menurut DeGraw, angka 43.6 juta rakyat AS hidup di bawah paras kemiskinan yang di catat oleh Biro Banci AS tidak tepat kerana tidak mengambil kira faktor-faktor terbaru. Model yang diguna asas tahun 1955. Sebagai contoh katanya, anda mungkin dapat menyewa rumah di Florida dengan USD 400 sebulan tapi tak mungkin di New York. Lagi pun kata beliau, jika anda bekerja hanya satu hari dalam setahun, anda tidak di anggap menganggur.

Satu survey terbaru amat memeranjatkan apabila mendapati 77% rakyat AS hidup kais pagi makan pagi. Ini bermakna 239 juta daripada 310 juta rakyat AS cuma menunggu masa untuk meminta sedekah.

Rencana kedua bertajuk: "Kerajaan AS 'Menyembunyi Jumlah Hutang Sebenar." oleh Gregory Bresiger.


Beliau memetik Laurence Kotlikoff, seorang pakar ekonomi di Universiti Boston sebagai berkata angka USD 14.3 trilion yang di umumkan oleh Pejabat Belanjawan Kongres adalah satu penipuan menyerupai cara perakuanan Enron. Angka sebenar adalah antara USD 50 - 60 trilion.


Apapun, menurut beliau walaupun berasaskan angka kerajaan, pada tahun 2016 kerajaan akan membayar Keselamatan Sosial lebih daripada cukai yang bakal di pungut.


Berita dan analisis saperti ini tak akan diperdengar atau diperlihat kepada kita di Malaysia. Di sini yang akan kita dengar semuanya berita ekonomi baik-baik belaka. Terbaru, Gobenor Bank Negara kita Tan Sri Zeti di pilih sebagai Gobenor bank terbaik di dunia memberi gambaran keadaan ekonomi kita dijaga dan diurus oleh orang yang terbaik.


Kita, khususnya orang Melayu, akan terus syok sendiri.

No comments: