Tuesday, September 14, 2010

Sejata Nuklear Israel

Kompleks Nuklear Israel di Dimona

Antaranya ialah tentang stok senjata nuklear dalam simpanan negara zionis Israel. Israel sendiri dan negara-negara sekutunya dibarat saperti Amerika Syarikat langsung tidak mahu isu milik senjata nuklear zionis Israel yang dianggar sebanyak 200 hingga 400 dibangkitkan atau dibincangkan. Malah, Israel dan AS menggunakan taktik 'ambiguity' (ia tidak, tak pun tidak).

Justify Full Akhbar Israel 'Haaretz' melapurkan pada hari ini (14/09/2010) AS membantah keras rancangan negara-negara Arab untuk membawa isu nuklear Israel ke sidang tahunan IAEA menghendaki Israel menandatangani Nuclear Non-Proliferation Treaty (NPT) walaupun pada satu masa lalu Presiden Barack Obama sendiri mengalu-alukan cadangan menjadikan Timur Tengah bebas daripada senjata nuklear. 'Haaretz' memetik duta AS ke IAEA (International Atomic Energy Agency) Glyn Davies sebagai berkata, cadangan itu akan memberi kesan negatif kepada usaha damai baru penyelesaian isu Palestin anjuran AS. Kesan negatif yang beliau maksudkan sudah tentu terhadap negara zionis Israel. Sebaliknya tidakkah cadangan ini jika dipersetujui oleh Israel akan mambawa impak yang sangat besar dan positif keatas seluruh Timur Tengah?

Saperti biasa, AS tidak melihat kenyataan sebegini sebagai hipokrit. Apa tidaknya. Sementara zionis Israel yang mempunyai gudang senjata nuklear dan bukan negara penandatangan NPT, Israel dan sekutunya AS begitu mendesak keatas program nuklear aman Iran. Melalui Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu, AS telah mengenakan sekatan demi sekatan keatas Iran. Tidak dengan itu sahaja, AS juga dengan beberapa negara barat saperti Britain, Perancis dan Germany dan tidak kurang pula dengan negara Asia Jepun mengekan sekatan mereka sendiri diluar apa yang telah dikenakan oleh MKPBB.

Kita tunggu dan lihat 20 September nanti sama ada negara-negara Arab akan meneruskan rencana mereka membawa isu Israel dan NPT ke agenda IAEA atau mereka negara-negara Arab yang turut bergantung kepada AS akan akur kepada kehendak AS.



No comments: