Friday, September 17, 2010

Temubual Noams Chomsky

Prof. Noams Chomsky

Noams Chomsky - Temubual Dengan New Statesman.

Adakah anda menganggap diri anda pada asasnya seorang ahli sains atau aktivis politik?

Kalau dunia ini tidak wujud, saya gembira menyimpan sains, yang mana lebih memikat dan mencabar. Tetapi malangnya dunia ini tak ke mana dan masalah dihadapi begitu mendesak.

Apakah pendapat anda tentang Presiden Obama?

Beliau sekarang terlibat dalam jenayah perang. Sebagai contoh, menyasar pembunuuhan (targeted assassinations) adalah jenayah perang. Ini bertambah dengan mendadak di bawah Obama. Kalau anda lihat Wikileaks, terdapat banyak contoh serangan ke atas orang awam.

Pada waktu beliau menerima Anugerah Keamanan Nobel, apa yang terlintas difikiran anda?

Mengambilkira sejarah Anugerah Keamanan Nobel, ini bukanlah contoh yang paling buruk. Anugerah itu diberi kepadanya sebelum beliau mempunyai masa untuk melakukan jenayah perang.

Adakah apa-apa sebab untuk kita berada di Afghanistan?

Pada tahun 1985 kita tak akan bertanya: "Adakah apa-apa sebab untuk Russia berada di Afghanistan?" Faktanya ialah pencerobohan itu merupakan satu jenayah. Soalan berikutnya: "Adakah apa-apa sebab diteruskan?" Tapi itu mengandaikan hak kekuasaan. Mengenipikan soal moral dan kesahan dan sekadar menyoal tentang matlamat kerajaan AS, mengambil pandangan sempit.

Apa yang anda ingin melihat berlaku seterusnya di Afghanistan?

Mesti ada penyelesaian politik dalaman. Mahu atau tidak, ketua-ketua puak dan Taliban adalah orang Afghan, jadi perlu ada penyeselaian sesama mereka. Kuasa-kuasa sesantau mesti turut terlibat, termasuk Pakistan, India dan AS - sebab mereka berada di sana, bukan sebab mereka berasal dari sana.

Adakah anda bimbang tentang kematangan pengalaman Obama dalam dasar luar?

Saya tidak fikir pengalaman itu sesuatu yang memunafaat atau ciri menyakinkan untuk dasar luar yang munasabah. Henry Kessinger mempunyai pengalaman yang luas. (Dan beliau masih terlibat) dalam pembunuhan beramai-ramai di Kemboja.

Apakah fokus dasar luar kita betul?

Kita ambil fokus utama: ancaman Iran. Rejim kejam, ulama, merupakan ancaman kepada rakyatnya sendiri tetapi bukanlah ganjil dalam aspek ini. Ancam kepada AS datang dari taklimat pegawai-gegawai Pentagon kepada Kongres pada bulan April - mereka menjelaskan ancamannya bukan berbentuk ketenteraan tetapi kepada 'kestabilan' rantau itu.

Anda setuju dengan penilaian itu?

Itu adalah doktrin imperialisme. Kestabilan ialah apabila UK dan AS menyerang dan meletak rejim pilahan mereka. Kalau Iran cuba campur tangan, itu menggugat kestabilan namanya.

Pandangan anda tentang David Cameron?

Terlalu awal untuk merkata banyak. Setakat ini saya tidak tertarik dengan dasar dan kenyataan beliau.

Baru-baru ini beliau menyifatkan UK sebagai rakan kecil dalam 'hugungan khas'.

Itu tidak baik buat England. Ia adalah hubungan yang mencederakan England pada masa yang lama.

Adakah dunia boleh mempelajari sesuatu daripada negara saperti Bolivia?

Ya. Sebagai negara paling miskin di Amerika Selatan, Bolivia telah dimusnahkan dengan dasar ekonomi 'neoliberal'. Tahun-tahun kebelakangan, majoriti rakyatnya perolehi kemanangan besar menentang penswastaan air. Mereka kemudian memasuki arena politik dan memilih seorang dari kalangan mereka, dan rakyat betul-betul terlibat dengan isu-isu. Pada pendapat saya, pertumbihan ekonomi mereka adalah yang terbaik di Amerika Latin.

Anda optimis dengan masa depan aliran kiri?

Saya tidak fikir masuk akal untuk beroptimis tapi tidak ada perlunya kita juga berspekulasi. Apa pun, langkahnya sama.

Anda mengundi?

Kerap juga tapi tanpa ghairah. Sebenar hanya ada satu parti di AS - parti bisnes. Ia mempunyai dua pihak - Demokrat dan republikan, agak berbeda tapi melaksanakan variasi dasar yang sama. Pada dasarnya saya menentang dasar-dasar itu. Begitu juga oleh sebahagian besar rakyat Amerika.

Apa yang ada ingin lupa?

Saya menyesal dalam banyak perkara - contohnya, perang Indocina. Saya begitu terlibat dengannya sehingga berhadapan dengan tempuh lama di penjarakan. Tapi saya sangat menyesal saya tidak terlibat sehinggalah pertengahan 1960an, dah agak terlambat.

Anda Ada sesuatu rancangan.

Oh ya, saya ada garis panduan umum. Ianya sangat dangkal saya benci nak sebut. Tapi apa yang tidak dangkal ialah mengaplikasinya pada keadaan tertentu.

Adakah kita semua akan musnah?

Kalau ada pemerhati di planet marikh, mereka akan hairan bagaimana kita hidup begitu lama. Ada dua masaalah dengan kelangsungan hidup spesi kita - perang nuklear dan malapetaka alam sekita - dan kita menjurus kearah kedua-duanya. Secara sedar pula. Makluk marikh tu mungkin berpendapat manusia ini adalah satu kesilapan evolusi.

No comments: