Friday, October 17, 2008

Sambutan Eid'l Fitr 1429/2008

Tak disangka respons dari sahabat-sahabat begitu baik. Biasanya apabila kami bertemu yang akan hadir lebihkurang dua puluh orang itu pun tanpa istri. Tapi kali ini apabila di kirim sms nak adakan perjumpaan pada bulan Syawal ramai yang nak datang dan nak bawa istri bersama.

Kami adakan perjumpaan di restoran Nelayan, Taman Titiwangsa pada hari Ahad 12 Oktober lalu. Seramai lima puluh orang hadir dan ada yang bawa bersama anak dan istri. Anak tu jadi dreber maklumlah mata waktu malam tak berapa nampak sangat. Lagi pun Pak Wan tu takkan pula tak bawa Nab.

Radzak tak dapat bersama kerana terpaksa ke outstation atas urusan rasmi. Salah aku sebab mula-mula set pada hari sabtu tetapi pinda pula ke hari ahad. Sebab pindaan ni, Dolah Interpol pun komplen dia ke situ hari sabtu tapi tak nampak batang hidung sapa pun. Kenalah minta maaf kat Dolah juga.

Sebenarnya perjumpaan ni tak dibil sebagai perjumpaan Hari Raya atau Deepavali. Tapi sebab masih dalam suasana berhariraya secara tak langsung jadi acara hariraya. Kalau dibil sebagai perjumpaan hariraya tak kan pula kita nak jemput sahabat non-Muslim dan suruh depa bayar sama? Memang tak kenalah.

Tujuan utama aku aturkan perjumpaan ni nak kumpulkan para sahabat bagi support kat Radzak dan ra'i dia sebagai MD baru KTMB. Bila aku bagi tau Radzak apologise tak dapat datang semua mengeluh dan aku diamanahkan sampaikan salam dan sokongan depa nanti kat member kita tu.

Waktu buat short ucapan aku sampaikan salam Radzak kat depa dan aku nak pandangan semua tentang cadangan nak tubuhkan persatuan veteran KTM. Alhamdulillah, semua setuju dan sokong ide ni.

Terima kasih kat semua yang hadir. Nak kena arrange perjumpaan lagi pada 17hb Disember. Kali ni Masri nak sponsor.

Ni foto-foto baru terima dari Tan KS.























No comments: